"Dipulihkan Oleh Firman-Nya"

Tema Tahun 2012

Blogger templates

UCAPAN SELAMAT DATANG

Selamat datang ke laman sesawang Gereja SDA BM Klang, Selangor. Terima Kasih atas kunjungan anda.

Ucapan Syukur

Pertama sekali, puji dan syukur kepada Tuhan kerana berkat-Nya yang berlimpah sehingga laman ini siap dibina.

Penghargaan dan dorongan 1

Terima kasih kepada saudara Dlfon Lisah yang telah berusaha menerbitkan website untuk gereja Klang BM, begitu juga kerjasama para anggota yang lain yang terlibat dalam penerbitan web ini.->>

Penghargaan dan dorongan 2

Tujuan utama menerbitkan web ini adalah atas kesedaran betapa pentingnya sesebuah gereja itu mempunyai website sendiri, dimana setiap perancangan program gereja, aktiviti yang akan dan telah dibuat, dimuat turun ke dalam web ini dengan tujuan memberi galakan kepada setiap para anggota untuk turut serta dalam melaksanakan aktiviti / program gereja yang akan dilaksanakan.->>

Penghargaan dan dorongan 3

Dengan adanya website ini, para anggota Advent di seluruh Malaysia, Indonesia yang ingin bergabung dalam kebaktian dalam bahasa Malaysia akan senang mengetahui lokasi gereja dan dapat berhubung terus kepada gereja ini. Sekali lagi terima kasih saya kepada semua yang terlibat dalam penerbitan website ini, Tuhan memberkati....Pastor.

Harapan

Marilah kita berharap dan berdoa supaya laman ini dapat merealisasikan dan mengembanggerakkan misi dan visi gereja terutama sekali untuk membantu pekerjaan memberitakan perihal keindahan dan kasih Tuhan terhadap umat-Nya. Dan yang terpenting sekali, untuk berkongsi dengan komuniti global sehingga ke pelusuk bumi mana pun akan kedatangan Kristus kali ke dua.

Aktiviti Gereja 2012





Pada 11 Ogos 2012,

SYUKUR DAN PUJI KERNA DUA JIWA TELAH DIBAPTISKAN

  Pada Sabat 11 Ogos 2012 Gereja Klang BM telah mengadakan upacara pembaptisan bertempat digereja PJ English Church. Seramai 2 orang yang telah dibaptiskan,mereka adalah:

                    1)  ALBERT BIN SUKIN        - Asal dari Tanjung Kapor, Kudat Sabah

                    2) YADIL BIN KANDARAM - Asal dari Tandek, Kota Marudu, Sabah

        Mereka telah dibaptiskan oleh Pr Wung Wei Kong dari PEM. Kiranya Kuasa Tuhan akan terus memimpin mereka dalam Iman yang kuat disaat memulakan langkah berjalan bersama-sama dengan Tuhan sampai saat kedatangan Yesus yang hampir tiba itu. Tuhan memberkati.


Disediakan oleh
Pr. Rubil Pamajah 
BM Klang
___________________________________________ 



Pada 16 JUN 2012,

ANGGOTA  GEREJA KLANG BM TELAH MEMBUAT LAWATAN KE UM HOSPITAL, PETALING  JAYA.


  Pada  16 Jun 2012, Sabat - kira-kira jam 5.00petang, seramai 20 orang anggota gereja Klang BM telah mengadakan lawatan ke UM Hospital, Petaling Jaya. Kami menghadapi kesulitan untuk masuk wad dengan jumlah pelawat yang terlalu ramai, kakitangan hospital hanya membenarkan jumlah 3-4 orang saja yang boleh masuk setiap sesi lawatan. Saya telah berjumpa dengan ketua staff dan memberitahu tujuan kami, tetapi , mereka tetap tidak membenarkan dengan alasan ia adalah satu peraturan hospital untuk mengelak dari menggangu pesakit lain yang berada di wad berhampiran.
           Satu cara yang kami lakukan ialah kami masuk 3-4 orang dan terus menunggu didalam wad, selang 5 minit masuk lagi rombongan yang lain sehingga semuanya dapat masuk  tanpa disedari  staff didalam wad itu. Didalam wad yang kecil, kami seramai 20 orang berdiri disamping pesakit. Kami adakan renungan ayat dalam Alkitab, dan lepas itu kami bernyanyi  dua buah lagu dengan suara low tune:

1.      Ku Harap Selalu     (I Need Thee Every Hour) 
  2.     Tuhan Pliharakan  (God Will Take Care of You)

          Selepas bernyanyi kami berdoa secara kolompok. Keluarga pesakit ini datang dari Kudat, Sabah dan sudah lebih dua bulan terlantar di hospital. Mereka adalah anggota gereja Seventh-Day Adventist Church. Mereka gembira dengan kedatangan kami , dan setiap Sabat petang kami adakan lawatan untuk mereka. Kami  juga telah memungut persembahan khas untuk bantuan kepada keluarga ini. Kami telah berjaya mengumpul wang  sebanyak RM 261.00, dan telah diserahkan kepada keluarga ini.
         Kita  akan merasa puas dan gembira bila kita dapat memberi sokongan moral dan kewangan walau pun sedikit  bagi mereka yang memerlukan bantuan. Terus berdoa bagi mereka ini. Tuhan memberkati.
Disediakan oleh
Pr. Rubil Pamajah
BM Klang

________________________________________________


Pada 31 March 2012, 
Choir gereja Klang telah melawat Gereja SDA Melaka. 
Elder Hezron mengucapkan kata-kata aluan sebelum kami menyanyi.

Selesai melawat rumah orang-orang tua. 



Lokasi dan Alamat Gereja

Lokasi dan Alamat Gereja:

32, Jalan Kampar, Off Jalan Landasan, 41300 Klang, Selangor.



Untuk Talian/ Pertanyaan/ Perkhidmatan lain

Untuk Talian/ Pertanyaan atau ingin mendapatkan perkhidmatan seperti berikut; 


1. Ingin belajar Alkitab (Bible Study) - VOP
2. Ingin dibaptiskan
3. Ingin dilawati
4. Ingin didoakan
5. Kaunseling perkahwinan
6.Perpindahan keanggotaan gereja


silalah menghubungi talian berikut:


No.Telefon Gereja:
(603) 33442989


No.H/P Pastor:
013-3333484
014-3337760
(Pr. Rubil Pamajah)


No.H/P Ketua Gereja:
012-9422088
(Eld. Jaidy Boloh)


Bahasa: Melayu




Aktiviti belia 2012


Pada 22 Julai 2012
 Belia Klang telah mengadakan  Aktiviti Berbasikal
Yang bertempat di Bukit Cerakah,Shah Alam

        Seramai 17 orang yang terlibat dalam aktiviti tersebut yang  bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Tujuan aktiviti tersebut bukan sahaja untuk tujuan kesihatan, tetapi juga merupakan aktiviti riadah yang dapat memperkukuhkan  hubungan silaturahim di dalam Yesus Kristus. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat dapat dijalankan lagi di masa yang akan datang. Amen..



_________________________________ 



Pada 1 March 2012
 Belia Klang telah menyertai Futsal Tournament
Yang bertempat di Kompleks Sukan Seremban.

Bergambar selepas penat bermain futsal.
Pasukan lelaki menghadapi banyak saingan,
manakala pasukan wanita mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.



Carta Organisasi Gereja 2012

Ahli Jawatankuasa Gereja 2012