Selamat datang ke laman sesawang Gereja SDA BM Klang, Selangor. Terima Kasih atas kunjungan anda.
Pertama sekali, puji dan syukur kepada Tuhan kerana berkat-Nya yang berlimpah sehingga laman ini siap dibina.
Terima kasih kepada saudara Dlfon Lisah yang telah berusaha menerbitkan website untuk gereja Klang BM, begitu juga kerjasama para anggota yang lain yang terlibat dalam penerbitan web ini.->>
Tujuan utama menerbitkan web ini adalah atas kesedaran betapa pentingnya sesebuah gereja itu mempunyai website sendiri, dimana setiap perancangan program gereja, aktiviti yang akan dan telah dibuat, dimuat turun ke dalam web ini dengan tujuan memberi galakan kepada setiap para anggota untuk turut serta dalam melaksanakan aktiviti / program gereja yang akan dilaksanakan.->>
Dengan adanya website ini, para anggota Advent di seluruh Malaysia, Indonesia yang ingin bergabung dalam kebaktian dalam bahasa Malaysia akan senang mengetahui lokasi gereja dan dapat berhubung terus kepada gereja ini.
Sekali lagi terima kasih saya kepada semua yang terlibat dalam penerbitan website ini, Tuhan memberkati....Pastor.
Marilah kita berharap dan berdoa supaya laman ini dapat merealisasikan dan mengembanggerakkan misi dan visi gereja terutama sekali untuk membantu pekerjaan memberitakan perihal keindahan dan kasih Tuhan terhadap umat-Nya. Dan yang terpenting sekali, untuk berkongsi dengan komuniti global sehingga ke pelusuk bumi mana pun akan kedatangan Kristus kali ke dua.