"Dipulihkan Oleh Firman-Nya"

Tema Tahun 2012

Blogger templates

Sejarah Gereja




Sejarah Gereja SDA BM Klang

Pada tahun 1999, sebuah kumpulan kecil (cell group) Bahasa Melayu (BM) dimulakan di Shah Alam, Selangor oleh enam orang penuntut UiTM Shah Alam yang berasal dari Sabah. Pada setiap hari Sabat mereka bergabung untuk berbakti dengan anggota gereja Advent Cina di Klang, Selangor. Kumpulan orang-orang Cina pada masa itu berjumlah kurang daripada 20 orang termasuk kanak-kanak.
                                                                     
      Sabat berganti Sabat kumpulan BM ini semakin membesar sehingga mencapai jumlah melebihi 40 orang dalam masa beberapa bulan sahaja. Disebabkan ruangan tempat berbakti yang kecil, pertambahan keanggotaan ini telah menimbulkan cabaran yang baru iaitu untuk menampung jumlah anggota kedua-dua kumpulan tersebut.

      Peninsular Malaysia Mission (PEM) pada masa telah itu menyedari akan kewujudan kumpulan BM ini. Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga kumpulan kebaktian sedia ada di bawah PEM iaitu kumpulan Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Pertumbuhan kumpulan BM yang terus berkembang telah membawa kepada penubuhan secara rasmi Gereja BM Group pada Januari 2001 oleh Presiden PEM pada masa itu, Pastor Francis Lajanim. 

     Terima kasih tidak terhingga kepada PEM yang terus-menerus setia menyokong pertumbuhan gereja BM di Semananjung sehingga kehari ini. 

      Gereja BM Klang adalah gereja BM yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Malaysia. Selepas itu, menyusul pula kumpulan BM di tempat-tempat lain seperti Seremban dan Johor Bahru. Selain daripada gereja BM Klang, di Klang juga telah ditubuhkan sebuah lagi gereja BM iaitu Pandamaran BM yang terletak berhampiran dengan kawasan Pelabuhan Klang. Kedua- dua gereja tersebut mempunyai keanggotaan lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada para penuntut dan mereka yang bekerja dengan turut membawa ahli keluarga masing-masing.

      Kepada semua umat Tuhan yang dikasihi, terima kasih di atas doa dan sokongan anda semua sehingga hari ini gereja Advent BM terus berkembang di Semenanjung Malaysia. Kami juga berterima kasih kerana anda memilih gereja Klang dan Pandamaran untuk berbakti semasa melawat ke Semenanjung Malaysia. Kami merasa senang hati menerima kedatangan anda semua, Tuhan memberkati....Pastor Rubil Pamajah.